Hilang mentari
Ada yang tinggal
Rembulan kegersangan
Yang meratapi
Cahaya hujung malam di kala sunyi.
Hilang kekasih
Ada yang tinggal
Pemuja kesepian
Yang melayani
Puisi indah buat sang puteri.
Kerana dirimu dunia ku terlepas
Kerana kau ku bernafas
Kerana tanpamu semangat jadi tewas
Kerana kau yang teratas.
Segala apa
Biarpun jiwa aku pertaruhkan jua
Asalkan saja
Dikau bersam diriku selalunya.